Sunday 17 March 2013

PENGENALAN

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Salam perkenalan dari saya pemilik blog ini. Kepada mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan bertanyakan perkara atau ilmu berkaitan dengan penanaman anggur bolehlah tinggalkan komen anda di bawah. hehe

PERMULAAN

Penanaman anggur biasanya ditanam sama ada melalui biji benih, keratan batang dan juga cantuman tunas (Grafting). Kebiasaanya penanam anggur yang baru memulakan penanaman anggur seperti saya akan mendapatkan keratan batang sebagai permulaan kerana lebih mudah diperolehi.

Anak Anggur Jenis Isabella


Penanaman keratan batang anggur

Saya telah memulakan penanaman anggur pada 15 Mac 2013 dengan tiga jenis anggur sebagai permulaan iaitu Isabella Madu, IAC dan juga Alphonso Lavelle.
Kaedah Penanaman:
  1. Sediakan media tanah hitam, habuk kelapa dan juga pasir dengan nisbah 2:1:1 (bergantung pada ketersediaan bahan). Gaulkan ketiga-tiga media tersebut sehingga sebati.
  2. Masukkan media tersebut ke dalam polibeg.
  3. Cucuk batang anggur tersebut sekurang-kurangnya 2inci ke dalam tanah.
  4.  Letakkan bibit tersebut di bawah tempat yang lembap dan terlindung dari pancaran matahari.
  5. Penyiraman hanya dilakukan sekali dalam sehari bergantung kepada keadaan tanah. Jangan menyiram bibit terlalu kerap yang menyebabkan  tanah terlalu basah yang akan menjadikan akar masam dan busuk.



TIPS:
  1. Lakukan ujian pH tanah sekiranya perlu bagi mengelak masalah pembesaran bibit anggur tersebut. Anggur mudah hidup di tanah yang mempunyai ph yang neutral dgn pH 7.0.
  2. Pastikan polibeg yang digunakan berwarna hitam atau gelap bagi mengelak pertumbuhan lumut yang boleh mengganggu pertumbuhan akar.
  3. Elakkan dari mengganggu bibit pada 2 minggu pertama akar mula tumbuh pada waktu tersebut.
  4. Bibit hanya disiram jika tanah kelihatan kering.


Copyright© All Rights Reserved www.kunakvineyard.com