Tuesday 15 October 2013

PERKEMBANGAN ANGGUR


Assalamualaikum...
Lama betul baru update balik blog ni. Banyak benda yang ingin dikongsi tapi tidak berkesempatan. Tapi projek untuk tanam 57 benih anggur nampaknya tidak berjaya disebabkan kesilapan sendiri. Apapun malam ni saya ingin berkongsi perkembangan pokok anggur yg ditanam sebelah rumah. Sekarang sudah menjalar dan membentuk para. Hanya benih Isabella, Black Opal, Alphonso, Loose Perlette, Exotic dan IAC sahaja yang survive. Sekurang-kurangnya ada la jugak yang boleh diharapkan. Di bawah ni saya sertakan gambar terkini pokok anggur saya. 









Tuesday 25 June 2013

PERMULAAN PROJEK LADANG

Setelah lebih setahun mempelajari selok belok berkaitan tanaman anggur ini, kini Kunak Mini Vineyard mengambil keputusan untuk memulakan projek ini. Sebagai permulaan, 57 batang dari dua jenis anggur dipilih untuk ditanam iaitu anggur IAC (34 batang) dan Alphonso Lavelle (23 batang). Pemilihan dua varieti ini kerana ianya mudah ditanam dan dijaga. 


Keratan batang dipesan dari Kak Maizah


Mengisi tanah dalam Polibeg untuk bibit


                                                        Kiri: IAC    
                                                        Kanan: Alphonso Lavelle



Tuesday 18 June 2013

SEMAIAN BIJI BENIH ANGGUR CARDINAL


Beberapa biji benih anggur merah iaitu Cardinal sudah dipindahkan ke dalam bekas beralaskan tisu lembab selepas biji tersebut direndam semalaman. Cara tanaman ini diperolehi melalui bacaan di internet tetapi pertumbuhan tidak akan mencapai 100%. Tapi tidak salah mencuba kan...:)



Kadang2 kejayaan benih tumbuh hanyalah 10% atau langsung tak tumbuh. Biasanya orang akan memberi rawatan fungicide sblm tanam tp aku tak buat pun. Hehe. Aku akan update perkembangan benih ini sekiranya menjadi. InsyaAllah

To Be Continued....

Monday 3 June 2013

PERKEMBANGAN ISABELLA


Setelah 6 minggu anak pokok anggur jenis Isabella ini dipindahkan ke tanah, nampaknya perkembangan kelihatan sihat dan memuaskan walaupun pada mulanya banyak daun-daun yang berkerut disebabkan kurang diberikan baja. Setelah diberikan baja dari tahi kambing dan juga baja ciptaan sendiri barulah nampak perubahan pada daunnya.

Sunday 21 April 2013

POLIBEG KE TANAH

Setelah lebih sebulan beli stik anggur dari kak Maizah, hari ni aku telah memindahkan dua bibit anggur jenis Isabella ke tanah bersebelahan dgn tangga depan rumah untuk dijadikan pergola tempat parking kereta. Masa mula2 tanam keadaan mendung tapi selesai jak tanah tiba2 hujan lebat. Harap2 selamat dan tumbuh dengan sihat la bibit tu...aminn 
Anggur Isabella

Anggur Isabella


Friday 19 April 2013

KAEDAH PENANAMAN KERATAN BATANG

Bagi mereka yang ingin memulakan penanaman anggur melalui keratan batang, sila klik di sini bagi mengetahui kaedahnya. Harap bermanfaat. :)

Wednesday 10 April 2013

PERKEMBANGAN BIBIT ANGGUR

Assalamualaikum...
Sekarang ini terdapat lapan jenis anggur yang saya ada iaitu 3 jenis (IAC, Isabella dan Alphonso Lavelle) dari kak Maizah (Laman Anggur Bukit Mahkota) dan 5 jenis (Black Opal, Long White Malaga, Black Queen, Exotic dan Loose Perlette) dari kak Siti Saloma (Saloma Vineyard). Setakat ini IAC, Isabella, Alphonso, Black Opal dan Long White Malaga saja yang mengeluarkan tunas dan membesar. Harap2 semuanya membesar dgn sehat...aminn.

Bibit dari kak Maizah

Alphonso Lavelle

Isabella

Bibit dari kak Siti Saloma

Long White Malaga

Black Opal


Sunday 17 March 2013

PENGENALAN

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.

Salam perkenalan dari saya pemilik blog ini. Kepada mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan bertanyakan perkara atau ilmu berkaitan dengan penanaman anggur bolehlah tinggalkan komen anda di bawah. hehe

PERMULAAN

Penanaman anggur biasanya ditanam sama ada melalui biji benih, keratan batang dan juga cantuman tunas (Grafting). Kebiasaanya penanam anggur yang baru memulakan penanaman anggur seperti saya akan mendapatkan keratan batang sebagai permulaan kerana lebih mudah diperolehi.

Anak Anggur Jenis Isabella


Penanaman keratan batang anggur

Saya telah memulakan penanaman anggur pada 15 Mac 2013 dengan tiga jenis anggur sebagai permulaan iaitu Isabella Madu, IAC dan juga Alphonso Lavelle.
Kaedah Penanaman:
  1. Sediakan media tanah hitam, habuk kelapa dan juga pasir dengan nisbah 2:1:1 (bergantung pada ketersediaan bahan). Gaulkan ketiga-tiga media tersebut sehingga sebati.
  2. Masukkan media tersebut ke dalam polibeg.
  3. Cucuk batang anggur tersebut sekurang-kurangnya 2inci ke dalam tanah.
  4.  Letakkan bibit tersebut di bawah tempat yang lembap dan terlindung dari pancaran matahari.
  5. Penyiraman hanya dilakukan sekali dalam sehari bergantung kepada keadaan tanah. Jangan menyiram bibit terlalu kerap yang menyebabkan  tanah terlalu basah yang akan menjadikan akar masam dan busuk.



TIPS:
  1. Lakukan ujian pH tanah sekiranya perlu bagi mengelak masalah pembesaran bibit anggur tersebut. Anggur mudah hidup di tanah yang mempunyai ph yang neutral dgn pH 7.0.
  2. Pastikan polibeg yang digunakan berwarna hitam atau gelap bagi mengelak pertumbuhan lumut yang boleh mengganggu pertumbuhan akar.
  3. Elakkan dari mengganggu bibit pada 2 minggu pertama akar mula tumbuh pada waktu tersebut.
  4. Bibit hanya disiram jika tanah kelihatan kering.


Copyright© All Rights Reserved www.kunakvineyard.com